Maklumat Penanaman Portulaca Margarita


(Portulaca Margarita)

Portulaca Grandiflora

Portulaca Ideal Bagi Landskap!
- Siri Margarita mempunyai cabang menegak dan bertimbun yang baik, memaparkan tanaman mendatar yang penuh semasa jualan
- Portulaca Margarita kelihatan berwarna-warni dan amat cantik dan kemas dalam pek
- Mempunyai prestasi yang cemerlang pada landskap
- Banyak berbunga dan berbunga amat awal dan seragam bagi kesemua rangkaian warna
- Portulaca Margarita dibekalkan dalam bentuk bersalut dengan beberapa biji benih dan juga dalam bentuk mentah


Percambahan

- Portulaca Margarita ditawarkan dalam bentuk bersalut dengan beberapa biji benih dan juga dalam bentuk mentah
- Setiap salutan akan memberikan 2 hingga 4 tanaman secara amnya
- Jangan tutup biji benih
- Cahaya adalah tidak perlu, tetapi akan memanfaatkan percambahan
- Percambahan mengambil masa 2 hingga 3 hari

Penghasilan Anak Benih
Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.8 hingga 6.2 dan EC yang kurang dari 0.75 (mmhos/cm dengan ekstrak 1:2). Portulaca amat sensitif terhadap kandungan garam yang tinggi, khususnya ammonium yang tinggi semasa percambahan.

Semaian
Portulaca Margarita ditawarkan dalam bentuk bersalut dengan beberapa biji benih dan juga dalam bentuk mentah. Setiap salutan akan memberikan 2 hingga 4 tanaman secara amnya. Jangan tutup biji benih. Percambahan akan mengambil masa 2 hingga 3 hari.

Suhu
Percambahan: 74 hingga 80°F (24 hingga 27°C)
Peringkat Kotiledon: 72 hingga 75°F (22 hingga 24°C)
Daun Sebenar: 68 hingga 72°F (20 hingga 22°C)
Anak Benih : 65 hingga 68°F (18 hingga 20°C)

Cahaya
Peringkat 1: Cahaya (lebih dari 10 f.c.) adalah tidak perlu, tetapi akan memanfaatkan percambahan
Selepas Percambahan: 1,000 hingga 2,500 f.c. (10,000 hingga 30,000 Lux)
Kematangan Anak Benih: Sehingga 5,000 f.c. (54,000 Lux).
Kadar cahaya yang lebih tinggi akan membolehkan pertumbuhan anak benih yang lebih kuat.

Fotoperiod
Portulaca adalah sensitif terhadap masa siang yang pendek, walaupun dalam peringkat pertumbuhan anak benih. Apabila masa siang lebih pendek dari jangkamasa kritikal (11 jam bagi Margarita dan 10 jam 15 minit bagi Tequila), tanaman akan terbantut (berhenti tumbuh atau tumbuh dengan sangat perlahan tanpa berbunga). Pembungaan akan menjadi sangat lambat sebaik sahaja pertumbuhan terbantut. Selepas pertumbuhan terbantut, ianya amat sukar pulih walaupun diberikan rawatan masa siang yang pendek dan pembungaan akan menjadi sangat lambat. Untuk mengelakkan pertumbuhan dari terbantut, semai biji benih apabila masa siang semulajadi adalah lebih lama dari 11 jam bagi Margarita dan 10 jam 15 minit bagi Tequila. Jika anda menyemai lebih awal dari saranan di sini, dedahkan biji benih kepada keadaan masa siang yang lama semasa penghasilan anak benih (masa siang dipanjangkan sehingga 12 hingga 13 jam).

Kelembapan Tanah
Kelembapan tanah yang mencukupi adalah perlu bagi melarutkan salutan biji benih. Pastikan kelembapan tanah adalah seimbang tetapi tidak terlalu tepu sehingga kemunculan radikel. Kemudian, kurangkan kadar kelembapan sehingga radikel menembusi media. Selepas percambahan, biarkan tanah mengering sedikit sebelum menyiram bagi pengakaran yang terbaik. Portulaca lebih menggemari keadaan yang panas dan kering dengan kadar cahaya yang tinggi. Pengakaran yang terbaik adalah berlaku dalam keadaan sebegini. Siram awal pagi supaya daun akan kering pada waktu malam bagi mengelakkan penyakit. Damping off (Rhizoctonia) adalah masalah paling lazim apabila tanaman menjadi terlalu basah.

Pembajaan
Semasa perkembangan kotiledon, bubuh 50 ppm N dengan baja dengan fosforus nitrat yang rendah. Apabila daun sebenar mula berkembang, tingkatkan kadar baja ke 100 hingga 150 ppm N. Kekalkan kadar ammonium kurang dari 10 ppm.

Penggunaan Growth Regulator
Penggunaan growth regulator adalah tidak perlu

Pertumbuhan Sehingga Dewasa
Media

Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.5 hingga 6.2 dan caj nutrien pendahuluan media.

Suhu
Malam: 65 hingga 68°F (18 hingga 20°C)
Siang: 68 hingga 75°F (20 hingga 24°C)
Putik bunga mungkin tidak akan tumbuh atau berkembang jika suhu terlalu rendah

Cahaya
Kekalkan kadar cahaya setinggi mungkin dengan suhu yang disarankan. Putik bunga mungkin tidak akan berkembang jika kadar cahaya terlalu rendah.

Fotoperiod
Jika anda membeli anak benih, pemindahan lewat Mac akan memastikan yang anak benih tumbuh dalam keadaan masa siang yang sepatutnya tanpa memerlukan rawatan istimewa. Jika pemindahan dilakukan lebih awal dari ini, pastikan anak benih telah tumbuh dengan masa siang yang sepatutnya yang telah dinyatakan di bahagian atas. Jika pemindahan anak benih dilakukan semasa masa siang adalah kurang dari 11 jam (sebelum minggu kedua dalam bulan Februari pada kawasan Amerika Selatan, atau pada minggu keempat bulan Februari pada kawasan Amerika Utara), berikan keadaan masa siang yang panjang selepas pemindahan. Pemanjangan masa siang sehingga 12 hingga 13 hours boleh digunakan.

Penyiraman
Jangan menyiram secara keterlaluan. Biarkan media mengering sepenuhnya sebelum menyiram. Tanaman boleh dibiarkan layu sedikit selepas akar mencapai bahagian tepi bekas.

Pembajaan
Bubuh baja dalam setiap penyiraman dengan 15-0-15 dan selang dengan 20-10-20 at 150 hingga 200 ppm N.

Penggunaan Growth Regulator
Penggunaan growth regulator adalah tidak perlu. Ketinggian boleh dikawal dengan membiarkan tanah mengering secukupnya sebelum penyiraman. anaman boleh dibiarkan layu sedikit selepas akar mencapai bahagian tepi bekas. Ketinggian juga boleh dikawal dengan memperlambatkan pembajaan, khususnya baja nitrogen dalam bentuk fosforus dan ammonium

Masalah Lazim
Serangga: Hama labah-labah, thrips
Penyakit: Rhizoctonia, Pythium

Tip Penanaman
-Tanam dalam keadaan cahaya matahari penuh
-Jarakkan tanaman 10 hingga 12 in. (25 hingga 30 cm) dalam tanah yang telah dikeringkan dengan baik
-Bunga akan tutup pada waktu malam